By Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR: Dua peneraju inovasi automotif tempatan, Bateriku.com dan GGR Motor (M) Sdn. Bhd.(GGR), mengorak langkah menjalin kerjasama strategik dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang disaksikan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
MoU merangkumi lima inisiatif utama itu, antara lain melibatkan penyediaan lokasi pengecasan khusus untuk motosikal elektrik GGR dalam usaha meningkatkan kemuda han dan akses pengecasan ke pada penunggang.
Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi berkata, menerusi MoU itu pihaknya akan melaksanakan perkhidmatan bantuan kece masan khusus bagi motosikal elektrik GGR.
"Kita bersama GGR dan Mara sedang membina asas kukuh untuk industri EV yang mampan, yang dibangunkan di tanah air, sama ada bagi kenderaan dua roda mahupun empat roda," katanya pada majlis menandatangani MoU dan majlis pelancaran rasmi motosikal elektrik GGR dan bateri GGR oleh Bateriku.com sambil disaksikan Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman di sini.
Azarol berkata, berkenaan penyelesaian kuasa berteknologi tinggi yang dibangunkan untuk rangkaian motosikal petrol keluaran GGR.
"Bateri direka untuk memberikan prestasi optimum dengan tunggangan dalam negara dan menawarkan jarak perjalanan lebih jauh, kebolehpercayaan yang tinggi serta ciri keselamatan yang memenuhi keperluan pengguna.
"Sejak diperkenalkan tahun lalu, dua produk ini mendapat sambutan menggalakkan dan boleh didapati di lebih 220 pitstop Bateriku.com di seluruh negara dan di outlet GGR, sekali gus memastikan akses mudah kepada perkhidmatan penggantian bateri dan sokongan teknikal bagi pengguna di seluruh Malaysia," katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif GGR Motor (M) Sdn. Bhd, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi berkata, Bateri GGR oleh Bateriku. com merupakan penanda aras baharu bagi pasaran motosikal petrol tempatan.
"Pelancaran ini melambangkan komitmen bersama untuk memastikan mobiliti elektrik lebih praktikal serta mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia," katanya.