By Bernama.com
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- VentureTECH Sdn Bhd bekerjasama denganTokyo Stock Exchange Inc (TSE) dalam usaha untuk menyokong penyenaraian syarikatmultinasional di bursa berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Redzuan Sidek berkata perkongsian itu bukansahaja membuka lingkungan baharu bagi syarikat Malaysia, malah mengukuhkankomitmennya untuk memacu pertumbuhan perniagaan tempatan yang berpotensi tinggi.
“Dengan menyediakan akses kepada pasaran modal Jepun yang dinamik, kamimembolehkan syarikat tempatan pada skala lebih pantas, menarik pelaburan strategikdan meningkatkan kehadiran pasaran mereka di peringkat global.
“Selain itu, kerjasama ini adalah bukti kepada visi VentureTECH untuk memperkasausahawan bumiputera dan industri pertumbuhan tinggi di Malaysia, memudahkanpengembangan mereka ke pasaran antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, katanya kerjasama strategik itu menandakan langkah penting ke arahmengukuhkan ekosistem kewangan rentas sempadan dan meningkatkan penyertaanAsia di pasaran modal Jepun.
Menurutnya kerjasama itu adalah sejajar dengan penubuhan TSE Asia Startup Hub,inisiatif oleh Bursa Saham Tokyo untuk menarik syarikat Asia berpotensi bagi tawaranawam permulaan (IPO) di Jepun.
“Hab ini menyediakan sokongan meluas dalam pembangunan perniagaan, pengumpulandana dan persediaan IPO, dengan matlamat untuk meningkatkan jumlah penyenaraianrentas sempadan di TSE.
“Melalui perkongsian ini, VentureTECH akan memberikan sokongan secara aktif sebagairespons kepada permintaan daripada TSE Asia Startup Hub,” katanya.
TSE Asia Startup Hub yang ditubuhkan untuk mengambil dan memupuk syarikatberpotensi tinggi dari seluruh Asia, memfokuskan untuk menyokong perjalanan merekamulai peringkat pertumbuhan ke IPO, akan mula mengambil syarikat yang layak padasuku ketiga tahun ini.
TSE turut menawarkan panduan kepada syarikat yang berminat untuk mengembangkanoperasi perniagaan di Jepun, menawarkan bantuan yang disesuaikan seperti padananperniagaan, kebolehlihatan yang dipertingkatkan dan mempermudah jalinan denganmodal teroka Jepun dan pelabur korporat.
-- BERNAMA