Media Center

MTCO bekerjasama dengan syarikat Jepun bangunkanindustri biometana di Malaysia

28th May 2025

By Utusan.com

PETALING JAYA: MTC OREC Sdn. Bhd. (MTCO) syarikat kejuruteraan bio-tenagaterkemuka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan IHI Plant ServicesCorporation (IPC), anak syarikat kepada kumpulan IHI dari Jepun bagi membangunkanindustri biometana di Malaysia.

MoU yang ditandatangan sempena Ekpo 2025 di Osaka, Kansai, Jepun itumelambangkan komitmen bersama untuk memacu penyelesaian tenaga mampanmerentasi sempadan.

Melalui kerjasama tersebut, kedua-dua pihak akan membangunkan sistem pencernapelbagai yang menggabungkan teknologi Anaerobic Lagoon dan reaktor IC proprietarimilik IPC.

Ketua Pegawai Eksekutif MTCO, Dr. Zahari Mohamad berkata, kerjasama itumenandakan langkah penting dalam pembangunan biometana di Malaysia.

“Kami amat menghargai kepercayaan dan komitmen bersama semua rakan dan pihakberkepentingan dalam menjayakan visi ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Bioeconomy Corporation atas sokonganberterusan mereka terhadap teknologi dan kepakaran MTCO.

Presiden IPC, Aoki berkata, teknologi kedua-dua pihak adalah serasi dan penyepaduanini mampu menyelesaikan isu alam sekitar sambil menghasilkan produk bernilai tinggi.

“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat meningkatkan kemampanan industri sawit diAsia Tenggara. Sistem canggih ini direka untuk mengoptimumkan pemulihan biogasdaripada efluen kilang minyak sawit (POME).

“Biogas yang ditangkap akan ditapis menjadi biometana, bahan api bersih bernilai tinggiyang setanding dengan gas asli saluran paip, tetapi dengan intensiti karbon lebih 90peratus lebih rendah,” katanya.

Inisiatif tersebut bukan sahaja membantu kilang sawit mematuhi peraturan alam sekitardengan lebih berkesan, malah turut mengurangkan pelepasan gas metana, gas rumahhijau yang kuat melalui penukaran kepada bahan api boleh diperbaharui.

Biometana juga membuka peluang untuk aplikasi hiliran bernilai tinggi termasukpengeluaran biometana cecair, bio-amonia dan bio-metanol bahan api penting dalamsektor maritim dan penerbangan.

Kerjasama strategik ini meneguhkan lagi peranan MTCO sebagai peneraju perubahandalam landskap tenaga boleh diperbaharui di rantau ini menawarkan penyelesaianmenyeluruh untuk cabaran iklim masa kini dan peluang tenaga masa depan.

–UTUSAN